ProdUk KOmEstIK-BAhan BERacun-



KENYATAAN AKHBAR

PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk-produk kosmetik berikut:

Bil

Nama Produk

Nombor Notifikasi

Racun Berjadual Yang Dikesan

Nama Pemegang

Nama Pengilang

1

ZARA REJUVENATION CREAM

NOT04081873KE

Hydroquinone

MUM BIO COS MANUFACTURING SDN BHD

MUM BIO COS SDN BHD

2

BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTI-PURPOSE CREAM

NOT081201209K

Tretinoin

BEAUTY LINE SKIN CARE & COSMETIC SDN BHD

YAKIN INVEST CORPORATION SDN BHD

3

PIGMENTATION RECOVERY COMPLEX

NOT081200745K

Tretinoin

MYCREME SKIN CARE PRODUCTS

SKY RESOURCES SDN BHD

Notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan Racun Berjadual sama ada mengandungi tretinoin dan/atau hydoroquinone di dalam produk tersebut.

Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana ianya boleh membawa kesan sampingan kepada pengguna sekiranya digunakan tanpa nasihat doktor.

Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Manakala hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (dipigmentasi). Proses dipigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit. Dipigmentasi berlebihan berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika.

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

EISAH BT. A RAHMAN

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

Comments

  1. Salam Ramadhan,
    Blog yang menarik dan penuh infomatif, teruskan menulis.
    Sila kunjungi http://askamakalikada.blogspot.com dan harap sudi menjadi follower.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts