DAri kampung bUrung-Part 1-

Dalam sebuah benua Allah
di situ ada negara,ada negeri,ada wilayah dan desa makhluk-Nya
inilah juga citra sebuah perkampungan kawanan sang burung
rupa,rona,bentuk dan susuk seringkali berbeza
namun ia tetap sekujur burung yang beraneka ciptaan-Nya!

Yang berbeza cuma kicau riaknya
dalam naluri dan nubarinya tetap serupa
Begitulah ibarat dan tamsilan hidupnya manusia
biarpun pelbagai rupa dan rona kulitnya
tetap punya hakikat jiwa dan fikrah yang hakiki
di sisi-Nya tetap sama!

Namun yang membezakan adalah agama serta takwanya
dicipta juga dari kufu yang serupa segumpal tanah asal usulnya
Tatkala memberi kata janji pasti dalam syahadah terpetri
terpakulah sebuah janji untuk dikota
tunduk taat melaksana janji

Comments

Popular Posts