Ketahui Halloween sebelum menyambutnya

assalamualaikum sume..



bacelah ptikan yg sy amik dari harian metro..

SEMAKIN ramai pula masyarakat Islam menyambut Pesta Halloween, daripada orang biasa sehinggalah artis. Ada yang sanggup mencari kostum pelbagai rupa dan gaya semata-mata untuk memeriahkan perayaan bangsa Gael dari zaman kuno itu.

Tapi,beringat-ingatlah. Banyak lagi cara hendak bergembira, tetapi jangan pakai ikut meraikannya tanpa tahu sejarah asal-usul pesta itu.

Kalau dijemput ke majlis agama bukan main susah lagi hendak datang.  Namun dalam bab Halloween dan sebagainya, ada pula masa untuk menyambutnya, siap ajak satu keluarga lagi menyambutnya dengan membawa simbol labu yang diukir wajah menyeramkan disebut Jack-o’-lantern. Dalam Jack-o’-lantern biasanya diletakkan lilin menyala atau lampu agar terlihat lebih seram di tempat gelap.

Kepada mereka yang belum begitu tahu Halloween itu apa,  Halloween dirayakan masyarakat Kristian terutama di Amerika Syarikat dan negara Amerika Latin pada 31 Oktober setiap tahun.

Kanak-kanak akan ke rumah jiran meminta makanan seperti coklat dan epal dengan memakai kostum hantu. Tradisi ini berasal dari Irlandia yang kemudian dibawa mereka ke Amerika Utara.

Halloween berasal dari festival Samhain (dari bahasa Irlandia Kuno Samain) yang dirayakan puak Kelt zaman kuno. Bangsa Gael kuno percaya tanggal 31 Oktober, dunia orang mati akan menjadi terbuka. Orang mati membahayakan orang hidup dengan membawa penyakit dan merosak hasil tanaman.

Sewaktu merayakan festival itu, orang Gael menyalakan api unggun untuk membakar tulang dari haiwan yang disembelih. Mereka mengenakan kostum dan topeng sebagai arwah jahat.

Perkataan Halloween pula berasal dari All Hallows Eve (malam menyucikan), kerana keesokan harinya adalah hari peringatan untuk menghormati orang suci.

*p/s:PETIKAN ASAL ADA DALAM HARIAN METRO*

Comments

Popular Posts